terkejut aku bila dengar berita pasal afdzal fadzi, seorang classmate aku masa mengaji kat UTeM dulu. memula aku ingatkan ianya adalah kemalangan biasa sahaja... tetapi setelah beberapa kali menyelidik melalui kawan2 terdekat yg berada di kl, pehhh..tersentak hati aku bila mengetahui yang kemalangan ni melibatkan jiwa raga classmate aku sendiri... beliau telah terkorban di jalan raya di MRR2 ketika pulang dari kerja menuju ke rumahnya di gombak. semasa kejadian beliau menaiki daelim roadwin 125 yg dibeli daripada rakan sekursus kami. mengikut cerita dari rakan2, beliau cuba mengelak sebuah kereta akan tetapi, tiba tiba beliau terjatuh lalu di langgar oleh sebuah lori datang dari arah belakang. cukup sekadar itu sahaja...anda mesti tahu bagaimana kesudahannya... apa apa pon, beliau adalah seorang rakan yang baik, seorang rakan yang riang, seorang rakan yg tak henti2 membuat kami semua berasa gembira... semoga beliau dicucuri rahmat disana nanti... sungguh tidak disangka sangka... petang tadi beliau masih lagi ber YM dan juga ber Facebook, tapi beberapa jam kemudian beliau sudah tiada... kata-kata terakhir beliau di Facebook juga memang betul2 menggambarkan beliau ingin pergi meninggalkan kami selama-lamanya... ini adalah kata-kata beliau yang terakhir di facebook.
"amcam?grak?grak kan aje"
huhu.. nampak beliau seolah olah tahu masanya sudah tiba dan bergerak meninggalkan kami untuk selama lamanya... may his soul rest in peace. anyway afdzal.. you will always be remembered !!
Afdzal Fadzi
7 July 1984 - 22 June 2009
FacebookFriendsterMySpace
13 comments:
alfatihah...sy pun terkejut...x sangka kan..dah ajal...he is my opismet actually..
innalillah....
ermmm..mmg tak sangka jadi macam tu. macam mana kat opis dia smalam? ade tanda2 pelik ape2 tak?
Wan, yang dah pergi tu biarlah pergi, die selamat dah tadi kul 12 kat tanah perkuburan taman selasih 2. inalillah.
hang dok sana, boleh ziarah..kami yg jauh ni.. dengar saja berita.. sedih. :(
Ya lah, asal jangan x amik tau dah ler.. janji kite saling ingat mengingati. masa dia dah sampai. sedih2 pon, die selesai dah, aku sempat tengok arwah dari hospital semalam, sampai la arwah masuk lahad tengahari tadi. Al-fatihah. still cant believe it actually though i saw it.
“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”
alfatihah n salammm..
terkejut gile aku denga..sory kalau aku mencelah dalam blog nih..just nak tumpang bagi..afdzal xrumet aku time metrik gopeng..memang agak tak percaya pada mulanya..tapi lepas pegi sendiri umahnya dan tengok jeazah diusung..airmata si ayah mengalir..suma tu bagaikan mimpi yang takkan berulang kembali..
al-fatihah to afdzal..
semoga rohnya dikalangan orang beriman..amin
al-Fatihah buat afdzal, erm akak terima berita kul 6 ptg ari kejadian...so skrg tiada lg yg nk wat joke dlm family ex-bits kan...sedihnya...
takziah untuk keluarga & kengkawan yg mengenali arwah...
kuatkan hati...Allah lebih sayangkan dia...sudah masa perjanjian dia, akan tiba hari untuk kita pula.
Al-Fatihah
nmpaknya x pegi la aku Tioman ngn die next month. punya lama die dok ajak.....
TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA SEMUA... KAMI SEKELUARGA AMAT-AMAT TERHARU DENGAN ANDA SEMUA... SEMOGA ARWAH BERADA DALAM KALANGAN ORANG YG BERIMAN... - mohd alif fadzi
salam takziah
Post a Comment