Tuesday, June 23, 2009

life.is.short

terkejut aku bila dengar berita pasal afdzal fadzi, seorang classmate aku masa mengaji kat UTeM dulu. memula aku ingatkan ianya adalah kemalangan biasa sahaja... tetapi setelah beberapa kali menyelidik melalui kawan2 terdekat yg berada di kl, pehhh..tersentak hati aku bila mengetahui yang kemalangan ni melibatkan jiwa raga classmate aku sendiri... beliau telah terkorban di jalan raya di MRR2 ketika pulang dari kerja menuju ke rumahnya di gombak. semasa kejadian beliau menaiki daelim roadwin 125 yg dibeli daripada rakan sekursus kami. mengikut cerita dari rakan2, beliau cuba mengelak sebuah kereta akan tetapi, tiba tiba beliau terjatuh lalu di langgar oleh sebuah lori datang dari arah belakang. cukup sekadar itu sahaja...anda mesti tahu bagaimana kesudahannya... apa apa pon, beliau adalah seorang rakan yang baik, seorang rakan yang riang, seorang rakan yg tak henti2 membuat kami semua berasa gembira... semoga beliau dicucuri rahmat disana nanti... sungguh tidak disangka sangka... petang tadi beliau masih lagi ber YM dan juga ber Facebook, tapi beberapa jam kemudian beliau sudah tiada... kata-kata terakhir beliau di Facebook juga memang betul2 menggambarkan beliau ingin pergi meninggalkan kami selama-lamanya... ini adalah kata-kata beliau yang terakhir di facebook.

"amcam?grak?grak kan aje"

huhu.. nampak beliau seolah olah tahu masanya sudah tiba dan bergerak meninggalkan kami untuk selama lamanya... may his soul rest in peace. anyway afdzal.. you will always be remembered !!

Afdzal Fadzi
7 July 1984 - 22 June 2009

Facebook
Friendster
MySpace